Monday, September 29, 2014

3. Pelancaran Tabung Wakaf Surau AN NUR Pulau Pinang

Tabung Wakaf Surau An-Nur.
Surau An-Nur di Pulau Pinang telah uzur dan telah disahkan tidak selamat untuk digunakan lagi. Hingga sekarang pihak AJK Surau masih belum mendapat apa-apa peruntukan pembinaan semula walaupun telah bertahun memohon. Dan baru-baru ini surau tersebut terpaksa dirobohkan di atas sebab-sebab keselamatan. Buat masa sekarang, para jemaah menggunakan khemah hasil sumbangan ahli jemaah untuk melakukan solat berjemaah.

Dengan itu Pengerusi dan AJK Surau An-Nur telah bersepakatan untuk melancarkan Tabung Wakaf untuk pembinaan semula surau tersebut dan Hj. Sharol Nizam Kasim telah diwakilkan untuk menggerakkan Tabung Wakaf ini di Arab Saudi.

Kepada penderma yang berhajat untuk menginfak kepada Tabung Wakaf Surau An-Nur ini, bolehlah menyerahkan sumbangan anda kepada wakil-wakil syarikat seperti di bawah:

SATORP : Sharol Nizam Kasim (0542020491)
                  Riyad Bank (3-5402-1059-9940) atau (IBAN SA50-2000-0003-5402-1059-9940)
SABIC : Haji Sazli Kamaruzzaman (0547776168)
SAUDI KAYAN : Azlan Chen (0558076566)
SADARA MFC : Roseli Ali atau Pok Li (0561963947)
Muslimah : Zaimah Tun Zakiah Ab Ghani (0569890455 atau WhatsApp 0506604920)

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Tabung Wakaf ini, bolehlah menghubungi Hj. Sharol Nizam di talian di atas atau email kepada sharolnizam.kasim@gmail.com.

Saya bagi pihak Imam/Pengerusi Surau An-Nur mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan saudara.


Kereta Untuk Dijual

Tuesday, September 23, 2014

2. Program Ibadah Korban 1435H

Antara program tahunan KRMJ adalah menyediakan program Ibadah Korban untuk kemudahan ahli ahli menyertai program ini. Antara Fadhilat dan Hikmah Korban dari Hadith yang diriwayat oleh at- Tirmidzi "Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu".

Huraian Hadith:
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmatNya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.



Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Sila hubungi Urusetia Program: Tn. Hj. Ramli Ngah di talian 0546731800 atau ramlingah@hotmail.com

1. MORNING WALK di RC anjuran KRMJ

KRMJ akan mengadakan "MORNING WALK" pada hari Selasa 23 September 2014 semperna cuti Saudi National Day . Semua dijemput hadir.

Kita akan berkumpul di Sudayer South Mosque parking pada pukul 5.30 pagi.

Berikut adalah lokasinya. N27 deg 07 min 36.0 sec E49 deg 34 min 09.7 sec.

Minuman SAHAJA akan disediakan.
Program Morning Walk.
a. 5.30 pagi: Berkumpul di Sudayer South Mosque parking.
b. 5.45am pagi: Mula berjalan.
c. Kita akan berjalan menghala kearah Pizza Hut melalui tepi Cornish.
d. Berhenti di kawasan lapang Pizza Hut.

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan saya, Sazli di hp 0547776168.
cc. Hj Pian Ridzuan Hasbullah - President KRMJ
dan Ahmad Zakine Aziz. - Timbalan President KRMJ.

Galeri