Monday, March 9, 2015

9. Program Jejak Rasul Ke Jordan

Ajk Biro Haji dan Umrah KRMJ akan menganjurkan Program Jejak Rasul, pertama selama 5 hari 4 malam ke Jordan. Sila hubungi Hj. Ehsan melalui Whatsapp/SMS/Tel @ 0537862421 untuk keterangan lanjut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 hb Mac, 2015 & ianya berdasarkan kepada " SIAPA CEPAT, DIA DAPAT...."

Monday, March 2, 2015

Wednesday, February 11, 2015

7. Program Ziarah Madinah

Salam Warga KRMJ,
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Program Ziarah Madinah pada tarikh yang dinyatakan, sila hubungi saya melalui e-mail atau HP/Whatsapp. Tarikh tutup adalah pada 19 hb Feb, 2015.

Biro Agama
Hj. Ihsan Sulaiman
Hp: 0537862421
emel: echan@live.com.my

Tuesday, February 3, 2015

6. Program Bengkel Hafazan Al-Quran Teknik Neurofisiologi.

Pendahuluan
Menghafaz ayat – ayat Allah SWT merupakan cita – cita semua orang yang mengaku beriman kepada-Nya. Ganjaran yang tidak terhingga kepada orang yang sentiasa berdamping dengan Kitab Suci al-Quran itu menyebabkan mereka berani menyimpan hasrat tersebut walaupun ada sebahagian besar dari mereka tidak yakin dapat melakukannya. Paling tidak pun, hasrat mereka itu diusahakan dengan cara mengusahakan agar anak dan cucunya berjaya menghafaz al-Quran.

Kepentingan Melahirkan Generasi al-Quran.
As-Syeikh Dr. Taha Jabir al-Ulwani menekankan kepentingan melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang dinyatakan di dalam bukunya yang bertajuk “Penggabungan Antara Dua Jenis Bacaan; Bacaan Nas (al-Quran dan as-Sunnah) dengan Bacaan Alam Semesta ( Sains dan Teknologi ). Sebuah generasi yang tidak kira apa jua bidang sekali pun yang diceburinya, al-Quran tetap di dada. Maka lahirlah tokoh – tokoh yang mendapat gelaran seperti Ulama al-Hafiz, Jurutera al-Hafiz, Doktor al-Hafiz dan lain – lain lagi.

Program Neuro Nadi Al-Hafiz Al-Baghdadi.
Merupakan produk pendidikan al-Quran keempat yang dibangunkan oleh Al-Baghdadi Group Sdn. Bhd. Kaedah hafazan yang diperkenalkan ialah menggunakan pendekatan neurofisiologi iaitu mengoptimumkan fungsi otak kanan dan otak kiri.

Apakah Neurofisiologi?
Otak dan sistem saraf memainkan peranan dalam penerimaan, pemprosesan, dan penyimpanan maklumat. Otak dan system saraf terdiri daripada jutaan sel neuron yang mana strukturnya berangkaian dengan badan sel neuron sebagai nadi yang disokong oleh ribuan dendrit hasil rangsangan maklumat / ilmu dan perkaitannya.

Penyampai: Ustaz Mohd Asshik, graduan dari Universiti Madinah
Tarikh: 25 April 2015
Jangka Masa: 08:00 pagi - 04:00 petang
Tempat: Masih dalam perbincangan.


Apa yang peserta akan dapat daripada program ini?
☛ Menghafaz fakta – fakta penting sesuatu juzuk dan surah seperti maksud nama surah, jenis surah     (makkiah atau madaniah), surah ke berapa dalam al-Quran, jumlah ayat dalam sesuatu surah dan     intisari surah.
☛ Menghafaz sekurang – kurangnya 7 ayat dengan cara:
    a.Mengikut turutan (1-7)
    b. Secara terbalik (7-1)
    c. Secara rawak (Cth: 1,3,5,7,6,4,2)
    d. Menghafaz sekali nombor – nombor setiap ayat.

Sunday, February 1, 2015

5. Mesyuarat Perlantikan Presiden dan Naib Presidn KRMJ

Mesyuarat Khas Perlantikan Presiden KRMJ telah berlangsung di SADAF Beach Camp pada 30/1/2015 bermula dari jam 09:00 pagi hingga jam 03:00 petang. Majlis dengan sebulat suara telah melantik Tuan Haji Ramlee Bin Said sebagai Presiden KRMJ sesi 2015/2016, sementara perlantikan naib presiden masih dalam perbincangan komuniti rakyat Malaysia yang bertugas dengan syarikat SADARA.
Dengan perlantikan ini, secara otomatis mantan presiden, Tuan Haji Ridzuan Bin Hasbullah dilantik sebagai Penasihat KRMJ.

Antara agenda yang dibincang adalah seperti berikut;

Agenda;
1. Ucapan aluan presiden KRMJ
2. Perlantikan Presiden dan Naib Presiden
3. Ucapan Presiden Baru sesi 2015/2016
4. Overview organisasi KRMJ dan aktiviti untuk tahun 2015-2016
5. Perbincangan Malaysian Fest
6. Hal-hal lain
7. Penutup


Lapuran ringkas S/U KRMJ.

Friday, January 30, 2015

Program Ziarah Madinah

Salam Warga KRMJ,
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Program Ziarah Madinah pada tarikh yang dinyatakan, sila hubungi saya melalui e-mail atau HP/Whatsapp. Tarikh tutup adalah pada 19 hb Feb, 2015.

Hj. Ihsan Sulaiman
Hp: 0537862421
emel: echan@live.com.my

4. Mesej dari Presiden KRMJ 2013/2014

   Kelab Rakyat Malaysia Jubail
Visi:
Menjadikan Rakyat Malaysia di JUBAIL mengecapi silatulrahim yang erat dan menikmati suasana sosial dan kebajikan yang terbaik, disamping dapat mengembangkan ilmu yang bermanafaat.
Misi:
1. Menyatukan warga Malaysia di JUBAIL sebagai wadah kekeluargaan yang     harmoni.
2. Bekerjasama rapat membantu mewujudkan suasana sosial dan kebajikan ahli yang     terbaik disamping mewujudkan suasana kehidupan yang berkualiti di Arab Saudi.
3. Bersama berganding bahu memberi ruang yang secukupnya dalam     mengembangkan ilmu yang bermanfaat.

   Mesej dari Presiden KRMJ
KRMJ telah ditubuhkan pada 22 hb.Oktober 2008. Selama hampir lebih 5 tahun KRMJ di wujudkan dan berfungsi kita terus melangkah kedepan dengan penambahbaikan serta pengembangan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberi manfaat kepada ahli.

Setinggi peghargaaan kita ucapkan kepada Presiden dan barisan AJK tahun 2012/2013 kerana berjaya menjalankan banyak aktiviti-aktiviti menarik, disamping berjaya mengumpulkan derma dan sumbangan kebajikan kepada beberapa badan kebajikan dan orang perseorangan. Sebagaimana yang pernah saya utarakan baru baru ini, hidup sebagai "expatriate" di Saudi ini memang cukup istimewa kerana selain dari dapat mencapai "3M" iaitu Mekah, Madinah &
Money, kita juga menikmati kehidupan kekeluargaan yang bertambah erat dan mengecapi "Quality Time" bersama keluarga.

Namun kita juga berhadapan dengan “kekurangan” dari segi keupayaan untuk mengecapi suasana sosial saudara-mara dan adik-beradik kerana kekangan jarak, kerana berada jauh dari tanah air. “Kekurangan” ini, In Sya Allah dapat dipenuhi dengan aktiviti KRMJ sebagai mana Visi dan Misi kita untuk mengeratkan suasana kekeluargaan sesama kita disamping mendapat peluang menambah ilmu dengan kelas agama mingguan dan beberapa program ilmiah yang telah disusun. Disamping itu tidak kurang pentingnya ialah dengan kesatuan yang kukuh ini, kita sama-sama dapat menjaga kebajikan ahli terutama kalau mendapat kesusahan dalam apa bentuk sekalipun, kita akan menggunakan institiusi KRMJ untuk mengembelingkan usaha tolong menolong ini.

Saya juga sangat berbangga dengan pelancaran homepage KRMJ ini. Alhamdulilah dengan adanya homepage ini kita akan lebih tersusun dari segi perkongsian maklumat antara kita. Seharusnya dengan penggunaan teknologi maklumat ini kita dapat lebih efektif menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti terkini, dan sama-sama berkongsi pengalaman. Saya menyeru kepada semua warga Malaysia di Jubail untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada KRMJ supaya kita sama-sama berjaya mencapai Visi dan Misi kita. Juga saya ingin menyeru kepada kepada semua warga KRMJ, untuk melebarkan penggunaan dan penyaluran maklumat dan idea-idea di home page ini untuk kita sama sama mendapat faedah darinya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn.Hj. Hashim Bin Jaya kerana usaha beliau untuk memulakan dan mempelopori homepage ini.

Wassalam.

Ridzuan Hasbullah
Presiden KRMJ 2013/2015

Galeri