![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5VPtbuPTVKTq1GJZu3kSwiCIovnLWpVfrrqyPVgvwGzgUUvcmLG7dp34xeb6pd8zBCUJafHXzIUKafeJ9XaIrGPQZ49R_pYmzCmCajxwKYkpOgNVsd0UC8gCA5MyBs_FZ52vSkpaUw55m/s1600/ZIARAH+MADINAH+(KRMJ)%2B%40%2B26%2C27%2B%26%2B28%2BFEB%2B%2C2015%2B(1).jpg)
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Program Ziarah Madinah pada tarikh yang dinyatakan, sila hubungi saya melalui e-mail atau HP/Whatsapp. Tarikh tutup adalah pada 19 hb Feb, 2015.
Hj. Ihsan Sulaiman
Hp: 0537862421
emel: echan@live.com.my
Kelab Rakyat Malaysia Jubail | ||
|
Mesej dari Presiden KRMJ |
KRMJ telah ditubuhkan pada 22 hb.Oktober 2008. Selama hampir lebih 5 tahun KRMJ di wujudkan dan berfungsi kita terus melangkah kedepan dengan penambahbaikan serta pengembangan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberi manfaat kepada ahli.
Setinggi peghargaaan kita ucapkan kepada Presiden dan barisan AJK tahun 2012/2013 kerana berjaya menjalankan banyak aktiviti-aktiviti menarik, disamping berjaya mengumpulkan derma dan sumbangan kebajikan kepada beberapa badan kebajikan dan orang perseorangan. Sebagaimana yang pernah saya utarakan baru baru ini, hidup sebagai "expatriate" di Saudi ini memang cukup istimewa kerana selain dari dapat mencapai "3M" iaitu Mekah, Madinah & ![]() Namun kita juga berhadapan dengan “kekurangan” dari segi keupayaan untuk mengecapi suasana sosial saudara-mara dan adik-beradik kerana kekangan jarak, kerana berada jauh dari tanah air. “Kekurangan” ini, In Sya Allah dapat dipenuhi dengan aktiviti KRMJ sebagai mana Visi dan Misi kita untuk mengeratkan suasana kekeluargaan sesama kita disamping mendapat peluang menambah ilmu dengan kelas agama mingguan dan beberapa program ilmiah yang telah disusun. Disamping itu tidak kurang pentingnya ialah dengan kesatuan yang kukuh ini, kita sama-sama dapat menjaga kebajikan ahli terutama kalau mendapat kesusahan dalam apa bentuk sekalipun, kita akan menggunakan institiusi KRMJ untuk mengembelingkan usaha tolong menolong ini. Saya juga sangat berbangga dengan pelancaran homepage KRMJ ini. Alhamdulilah dengan adanya homepage ini kita akan lebih tersusun dari segi perkongsian maklumat antara kita. Seharusnya dengan penggunaan teknologi maklumat ini kita dapat lebih efektif menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti terkini, dan sama-sama berkongsi pengalaman. Saya menyeru kepada semua warga Malaysia di Jubail untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada KRMJ supaya kita sama-sama berjaya mencapai Visi dan Misi kita. Juga saya ingin menyeru kepada kepada semua warga KRMJ, untuk melebarkan penggunaan dan penyaluran maklumat dan idea-idea di home page ini untuk kita sama sama mendapat faedah darinya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn.Hj. Hashim Bin Jaya kerana usaha beliau untuk memulakan dan mempelopori homepage ini. Wassalam. Ridzuan Hasbullah Presiden KRMJ 2013/2015 |