Monday, September 29, 2014

3. Pelancaran Tabung Wakaf Surau AN NUR Pulau Pinang

Tabung Wakaf Surau An-Nur.
Surau An-Nur di Pulau Pinang telah uzur dan telah disahkan tidak selamat untuk digunakan lagi. Hingga sekarang pihak AJK Surau masih belum mendapat apa-apa peruntukan pembinaan semula walaupun telah bertahun memohon. Dan baru-baru ini surau tersebut terpaksa dirobohkan di atas sebab-sebab keselamatan. Buat masa sekarang, para jemaah menggunakan khemah hasil sumbangan ahli jemaah untuk melakukan solat berjemaah.

Dengan itu Pengerusi dan AJK Surau An-Nur telah bersepakatan untuk melancarkan Tabung Wakaf untuk pembinaan semula surau tersebut dan Hj. Sharol Nizam Kasim telah diwakilkan untuk menggerakkan Tabung Wakaf ini di Arab Saudi.

Kepada penderma yang berhajat untuk menginfak kepada Tabung Wakaf Surau An-Nur ini, bolehlah menyerahkan sumbangan anda kepada wakil-wakil syarikat seperti di bawah:

SATORP : Sharol Nizam Kasim (0542020491)
                  Riyad Bank (3-5402-1059-9940) atau (IBAN SA50-2000-0003-5402-1059-9940)
SABIC : Haji Sazli Kamaruzzaman (0547776168)
SAUDI KAYAN : Azlan Chen (0558076566)
SADARA MFC : Roseli Ali atau Pok Li (0561963947)
Muslimah : Zaimah Tun Zakiah Ab Ghani (0569890455 atau WhatsApp 0506604920)

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Tabung Wakaf ini, bolehlah menghubungi Hj. Sharol Nizam di talian di atas atau email kepada sharolnizam.kasim@gmail.com.

Saya bagi pihak Imam/Pengerusi Surau An-Nur mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan saudara.


Kereta Untuk Dijual

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tn.Haji,

    Saya nak tanya, ada tak komuniti/kelab/blogger Malaysian di Al-Khobar.. Ramai yg sy jumpa dari Jubail,Yanbu,Riyadh...
    Insyaallah, kalau semuanya ok, awal bln 11 kami sekeluarga akan berangkat ke Al-Khobar (suami dah sebulan disana) sekarang ni tunggu anak2 habis final exam jer.

    wassalam

    ReplyDelete

Galeri