Tuesday, February 3, 2015

6. Program Bengkel Hafazan Al-Quran Teknik Neurofisiologi.

Pendahuluan
Menghafaz ayat – ayat Allah SWT merupakan cita – cita semua orang yang mengaku beriman kepada-Nya. Ganjaran yang tidak terhingga kepada orang yang sentiasa berdamping dengan Kitab Suci al-Quran itu menyebabkan mereka berani menyimpan hasrat tersebut walaupun ada sebahagian besar dari mereka tidak yakin dapat melakukannya. Paling tidak pun, hasrat mereka itu diusahakan dengan cara mengusahakan agar anak dan cucunya berjaya menghafaz al-Quran.

Kepentingan Melahirkan Generasi al-Quran.
As-Syeikh Dr. Taha Jabir al-Ulwani menekankan kepentingan melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang dinyatakan di dalam bukunya yang bertajuk “Penggabungan Antara Dua Jenis Bacaan; Bacaan Nas (al-Quran dan as-Sunnah) dengan Bacaan Alam Semesta ( Sains dan Teknologi ). Sebuah generasi yang tidak kira apa jua bidang sekali pun yang diceburinya, al-Quran tetap di dada. Maka lahirlah tokoh – tokoh yang mendapat gelaran seperti Ulama al-Hafiz, Jurutera al-Hafiz, Doktor al-Hafiz dan lain – lain lagi.

Program Neuro Nadi Al-Hafiz Al-Baghdadi.
Merupakan produk pendidikan al-Quran keempat yang dibangunkan oleh Al-Baghdadi Group Sdn. Bhd. Kaedah hafazan yang diperkenalkan ialah menggunakan pendekatan neurofisiologi iaitu mengoptimumkan fungsi otak kanan dan otak kiri.

Apakah Neurofisiologi?
Otak dan sistem saraf memainkan peranan dalam penerimaan, pemprosesan, dan penyimpanan maklumat. Otak dan system saraf terdiri daripada jutaan sel neuron yang mana strukturnya berangkaian dengan badan sel neuron sebagai nadi yang disokong oleh ribuan dendrit hasil rangsangan maklumat / ilmu dan perkaitannya.

Penyampai: Ustaz Mohd Asshik, graduan dari Universiti Madinah
Tarikh: 25 April 2015
Jangka Masa: 08:00 pagi - 04:00 petang
Tempat: Masih dalam perbincangan.


Apa yang peserta akan dapat daripada program ini?
☛ Menghafaz fakta – fakta penting sesuatu juzuk dan surah seperti maksud nama surah, jenis surah     (makkiah atau madaniah), surah ke berapa dalam al-Quran, jumlah ayat dalam sesuatu surah dan     intisari surah.
☛ Menghafaz sekurang – kurangnya 7 ayat dengan cara:
    a.Mengikut turutan (1-7)
    b. Secara terbalik (7-1)
    c. Secara rawak (Cth: 1,3,5,7,6,4,2)
    d. Menghafaz sekali nombor – nombor setiap ayat.

No comments:

Post a Comment

Galeri